about me #4













 Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera.


Hari ini aku ada masa update blog. Dunia di gemparkan mengenai virus yang sudah pun membunuh ribuan orang di dunia. Hampir seluruh negara yang ada di dunia terkena wabak Coronavirus (COVID-19) yang bermula dari wuhan,China. Semua sudah pun mengetahui mengenai hal ini.

Sekarang kerajaan Malaysia,' memberi kami semua rakyatnya cuti berkerja selama dua minggu. Kecuali yang berkerja hanya, hospital, kedai runcit, pos, dan lain-lain. Hari ini, 'hari ke empat', aku dan suami duduk di rumah. Kerana ini, kerajaan membuat Perintah Kawalan Pergerakan dan tidak di benarkan keluar dari rumah, jika tiada urusan penting. Semua ini di buat demi kepentingan kita. Jadi sama-samalah kita bertanggungjawab jaga diri, dan juga keluarga daripada menyebarkan virus.

Aku dan suami juga risau mengenai hal ini. Ialah kami berdua, jauh dari kampung halaman. Kami dua sudah boking tiket hari itu, pada awal bulan dua. Tak sangka benda ini berlaku. Semoga aku dan suami di permudahkan urusan balik Sabah, pada bulan 5 nanti. Semoga cepat mencipta vaksin untuk melawan virus ini. Semoga Allah, melindungi kita semua dan di beri kesihatan yang baik.

Dunia ini semakin tua dan penghujung akhir zaman sudah pun hampir dekat. Sama-samalah kita  berdoa, dan munasabah diri. Aku juga ingin berterima kasih kepada yang berusaha menyalamatkan kami dan berhikmat untuk negara.














Terima kasih 
_________________________








Ulasan