Ibu




Ibu

Kasihmu abadi di hati ku.
Lahirnya aku keranamu.

Niatku, luahkan isi hatiku.
Yang membeku dalam diriku.

Aku membesar keranamu.
Tanpamu, siapalah diriku.

Saat aku sedih, hadir dirimu.
Dirimu erat memelukku.

Aku inginkan sesuatu.
Dirimu menunaikan itu.

Ketika itu, dirimu  pelengkap hidupku
Ketika itu, dirimu juga melindungi aku


Ibu

Aku tahu dirimu.
Menyimpan kisah pahit mu.

Tabah mu, Allah kurniakan diriku.
Saat itu akulah teman mu.

Bermacam liku-liku kehidupan dirimu lalui bersama ku.
Ketika itu, dia leka dengan bunga kejarkan madu..
Dia abaikan dirimu.
Dia tinggalkan dirimu bersama ku.


Aku mula diam, tapi fikiranku menyakitkan ku.


Mendidik ku, untuk bersabar itu dari dirimu.
Mengajar ku berdiri itu dari dirimu.

Ibu

Itu bukan kesalahan mu.
Itu kehendaknya kejalan itu.

"Aku cuba beri tahu mu ini"

Ibu
Maafkan aku.
Aku tak mampu membuatkan rasa bangga dalam hidup mu.

Ibu
Maafkan aku.
Kerana ku goreskan luka pada hati mu.

Ibu 
Maafkan aku.
Dirimu  mengalirkan air mata kerana kata-kataku.

Ibu
Maafkan aku.
Kerana aku tak mampu berjaya dalam pembelajaran aku.

Ibu 
Maafkan aku.
Kerana aku lari hingga buat dirimu risau.

"Aku mahu ibu tahu"
Aku selalu memikirkan dirimu.

Yang aku rindukan.
Yang aku sayangkan.
Diri mu

Dalam doa aku selitkan diri mu.
Dalam ingatan ku simpan diri mu.
Dalam hati kau selamanya ibuku.

Terima kasih ibu.
Diri mu hadir di hari pernikahanku.
Merestui nya bersama diriku.
Senyuman mu membawa erti kehidupanku.
Kasih sayang mu dalam hatiku.


Allah saja mampu balas jasamu.
Syurga lah tempatmu.
Wahai ibuku.





Untukmu ibuku "








Ulasan