About me #5

 



Assalammualaikum~
Hello.


Dua tahun aku telah menghilang. Akhirnya, aku kembali. Aku dan keluarga sihat. Aku sekarang dekat kampung, Tawau, Sabah. Semenjak tak berkerja ni, aku duduk rumah ja. Boleh katakan, suri rumah tangga huhu😂.
Kami pulang Tawau, pada 6 julai 2022.


  Sebelum ni ,aku ada cari kerja  dekat kawasan tempat tinggal kami di Balung ni. Tapi sampai sekarang satu panggilan kerja pun tak ada. RM 50 ringgit aku habiskan untuk resume aku. Tak tahulah, mungkin diorang buang resume aku dalam tong sampah 😭. Sedih hidup ni. Pengalaman aku ada pun, tak laku. Susah kalau tak ada orang dalam. Jujur aku cakap, dekat Sabah ni memang sangat susah nak cari kerja (tapi bukan semua tempatlah). Sebab tu banyak yang merantau.  Nasip suami dah dapat kerja. Suami kerja Kilang Sawit Kinabalu dekat setahun lebih, dia berkerja sini. 

  Kadang tolong mama aku buat keropok dan jualkan.  Ada lah duit sikit. Sebenarnya ini membuatkan aku sakit kepala, kalau tak kerja ni.  Kalau dulu, aku kerja, tiba-tiba sekarang tak kerja.  Allah  ja,  tahu perasaan aku. Banyak tempat aku temuduga, di bagi janji manis ja. “okey! nanti kami akan call, untuk temu duga seterusnya ”.  Sampai sekarang, aku tunggu untuk di call. Satu pun tak ada yang call.  Tak apa, mungkin semua ini ada hikmah. Aku hanya perlu bersabar.


Terima kasih, dengar keluhan aku ni. Yea, aku bila orang jumpa depan-depan. Aku banyak berdiam. Orang akan panggil aku, seorang yang sombong😂. Tak apalah, kita manusia memang suka menilai orang dari luar. 

okeylah sampai sini jalah.
Bye..



______________________________________

Ulasan