Aku pengumpul koleksi My Neighbor Totoro







Asalammualaikum
Hello!







Hari ini, aku nak kongsi hobi aku. Aku ni pengumpul My Neighbor Totoro.  Apa-apa mengenai totoro, aku akan beli. Aku pentingkan keperluan dahulu, sebelum beli. Aku kalau ada lebihan duit, barulah beli. Aku tak lah boros sampai nak habiskan semua duit yang aku ada.  Aku sama macam korang menabung untuk masa depan.
Selepas sahaja aku tamat sekolah, dari situlah aku mula berkerja dan mengumpul semua ni.

Aku bukan datang dari keluarga yang berada. Kalau dulu, aku manalah mampu  beli barang-barang macam ni


Aku mula minat totoro ni, tak lah lama sangat. Aku minat ni ketika umur aku 14 tahun. Aku suka nonton anime. Sampailah aku terjumpa anime dari studio ghibli ni, My Neighbor Totoro. Totoro dan catbus ni memang comel. Dua watak ni, yang unik.  Sampaikan aku, tak dapat bayangkan, Kucing jadi bus. Dan bermulalah aku taksub mengumpul semua ni. 

 

Kalau ada rezeki lebih, nak juga buka caffe totoro. Bolehlah letak koleksi aku semua dalam tu. huhuhu

okeylah. Aku tunjuk gambar koleksi yang aku ada..




1: Koleksi pertama, tahun 2016. Beli di KSL Johor Bahru.








2: Tahun 2017. Free. Pemberian dari kawan.











3: Tahun 2017. Beli, tak ingat kat mana.








4: Tahun 2017. Beli di Plaza Pelangi Johor Bahru. Ni sekali dengan kotak logo Studio Ghibli. Tapi dah hilang. Sebab dah lama simpan. Tu jadi macam ni.







5: Tahun 2017. Beli di Plaza Pelangi Johor Bahru.








6: Tahun 2017. Berharga RM12.90. Beli di shopee.








7: Tahun 2018. Dapat dari main mesin coin di KSL Johor Bahru. Sekali dua aku dapat..









8: Tahun 2018. Berharga RM12.90, beli di Lazada.









9: Tahun 2018. Berharga RM5.90. Beli di City Square Johor Bahru.





 


10: Tahun 2020. Berharga RM10 untuk dua Set, beli di Shopee. Nampak macam Vintaj. 







11: Tahun 2020. Berharga RM15, Sekali tiga. Beli di Shopee. Ni pun macam Vintaj ja.











12: Tahun 2020. Berharga RM45. Beli di KSL Johor Bahru.









13: Tahun 2020.Catbus tak ada tag, Berharga RM10. Beli di shopee.






14: Tahun 2020. Berharga RM5. Beli di City Square Johor Bahru. Macam mana tak pudar, hari-hari pakai.








15: Tahun 2020. Berharga RM24. Beli di Shopee








16: Tahun 2020.  Berharga RM20.90. Beli di Lazada









17: Tahun 2020. Berharga RM8. Beli di KSL Johor Bahru.






18: Tahun 2020. Berharga RM5. Beli di City Square Johor Bahru.




19: Tahun 2020. Harga tak ingat. Beli di KSL Johor Bahru.




20: Tahun 2020. Berharga RM12. Beli di City Square Johor Bahru. 






Okey! sampai sinilah jalah. Sebenarnya banyak lagi ni. Tapi korang boleh follow saya kat IG, saya akan kongsi kesemua  gambar terbaru di situ.


 Nanti jumpa di part dua.
bye~










______________________________
Terima kasih..






Ulasan